Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNIQLO Bintang Megamall: kini lebih besar dan selesa Hadiah ekslusif sempena pembukaan semula menanti anda

    Berita baik buat warga Brunei yang berkunjung ke Miri!

    UNIQLO dengan sukacita mengumumkan pembukaan semula cawangan Bintang Megamall yang telah dinaik taraf untuk memberi pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada anda!

    Perubahan yang paling ketara adalah saiz kedai yang lebih besar – sekali ganda berbanding sebelum ini – kini menduduki dua tingkat dengan susun atur baharu yang serba lengkap dan memperagakan suasana yang lebih imersif. Pilihan fesyen kontemporari berkualiti untuk lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi untuk sekeluarga dengan harga berpatutan sedia menghiasi semua peringkat umur dan gaya hidup.

    Pengalaman membeli-belah yang lebih selesa

    Berwajahkan paparan yang lebih menyeluruh di ruang yang lebih luas, kini pelanggan boleh memilih pakaian dan aksesori “LifeWear” kegemaran mereka dalam persekitaran membeli-belah yang lebih selesa.

    Untuk meraikan transformasi yang dinanti-nantikan ini, jenama pakaian kasual terkemuka dunia ini akan menawarkan promosi dan hadiah eksklusif bermula dari hujung Oktober hingga awal November 2025 – buat peminat taat setia UNIQLO dan mereka yang merancang pembelian awal untuk musim percutian akhir tahun.

    Rantai Kunci Tenunan Eksklusif (7 – 9 November 2025)

    Ceria hujung minggu tiga hari berturut-turut! Dari 7 hingga 9 November, setiap hari seramai 250 pelanggan pertama yang beratur di premis akan menerima rantai kunci tenunan edisi terhad yang direka dengan motif ikonik UNIQLO – satu sentuhan peribadi istimewa untuk menyerikan personaliti anda. Peringatan: stok adalah terhad dan barisan beratur dibuka pada 10AM untuk menyambut ketibaan anda. Jangan lepaskan peluang ini, datanglah lebih awal!

    Beg “MIRI” UNIQLO (7 – 9 November 2025)

    Beli barangan bernilai RM250 atau lebih dalam transaksi satu resit sepanjang hujung minggu 7 – 9 November dan bawa pulang Beg “MIRI” UNIQLO yang eksklusif! Beg “tote” yang cantik, praktikal dan mesra alam yang berilhamkan semangat komuniti dan kesederhanaan ini menyampaikan penghargaan kepada mereka yang melawat kedai berwajah baharu UNIQLO di Bintang Megamall.

    Kesemua ganjaran ini mencerminkan komitmen berterusan UNIQLO untuk menawarkan “LifeWear” yang sentiasa dekat di hati pelanggan. Sama ada anda mengambil pesanan Click & Collect, melayari koleksi terkini atas talian, atau meneroka susun atur dua tingkat yang serba baharu ini, UNIQLO menghargai sokongan anda sambil mengalu-alukan kedatangan anda.

    Lebih luas, lebih selesa, dan lebih gaya – kunjungi UNIQLO di Bintang Megamall yang telah dinaik taraf ini untuk pengalaman yang lebih seronok!

    Untuk maklumat lanjut, sila klik:

    Uniqlo FAQ

    Jumpa di sana nanti!

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda