Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Unissa adakan Simposium Akademik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah diberi penghormatan oleh Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) dan Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW) untuk menganjurkan Simposium Akademik (Nadwah Ilmiah) dan Pameran Keagungan Tanah Suci sempena Bandar Seri Begawan terpilih menjadi Ibu Negara Ketemadunan Islam bagi Rantau Asia Tahun 2019.

    Hadir selaku tetamu kehormat di simposium akademik, anjuran bersama Jam’iyahMarakiz al-Ahya Makkah al-Mukaramah tersebut, ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Simposium ini diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan Projek Keagungan Tanah Suci untuk membina budaya Islam secara umumnya berdasarkan etika di Kota Suci dalam usaha untuk memupuk nilai-nilai yang mulia.

    Simposium ini juga adalah sebagai wadah untuk menggalakkan badan penyelidik, universiti dan pusat pengajian untuk mengintegrasikan isu keagungan tanah suci dalam projek penyelidikan akademik mereka.

    Selepas simposium, pertemuan akademik juga diadakan dengan pelajar pascasiswazah dan tenaga pengajar UNISSA untuk menerokai cara untuk mengintegrasikan isu pemuliaan dalam projek penyelidikan yang akan datang.

    Pembukaan ucapan semasa simposium akademik disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pendaftar UNISSA, Haji Mohamad Samari bin Haji Mohamad Noh, juga selaku pengerusi Simposium Akademik dan seterusnya diikuti dengan ucapan Sekretariat Jeneral ISESCO dan FUIW, Mohamed Chiekhidari.

    Sesi simposium akademik yang diadakan baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda