Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA anjur forum sempena Majlis Mahrajan

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Sempena Majlis Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-7 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), forum bertajuk ‘Syariah is Progressive’ telah diadakan di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, petang tadi.

    Barisan panel forum berkenaan menampilkan mahasiswa-mahasiswi UNISSA iaitu Awang Mohd Rif’at Atiyah bin Haji Mohd Anwari, Dayang Nurhani Basirah binti Haji Chipli dan Awang Muhammad Fuad bin Matahir manakala itu, Dayang Siti Julaiha binti Puasa selaku moderator forum.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi mendengarkan forum itu ialah Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin.

    Forum berkenaan telah memfokuskan mengenai bagaimana rakyat progresif dengan Syariah agar ia tidak akan ketinggalan zaman dan dapat diaplikasikan di mana-mana zaman.

    Barisan panel dan moderator forum bertajuk ‘Syariah is Progressive’.

    Mereka juga menyentuh mengenai Al-Quran dan Sunnah serta menjaga hubungan para umat Islam dengan Allah S.W.T dan juga hubungan sesama manusia.

    Selain itu, mereka juga menekankan bahawa solat adalah tiang agama dan perlu dijaga kerana ia adalah penghubung dengan Allah S.W.T.

    Salah seorang ahli panel turut menceritakan mengenai kisah-kisah dahulu di zaman Nabi Muhammad S.A.W, bagaimana mereka boleh berjaya dan menjadi progresif dan dinamik. Kisah tersebut juga selaras dengan tema Mahrajan Hafl Al-Takharruj pada tahun ini, ‘Syariah Memperkasa Generasi Progresif dan Dinamik’.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda