Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA anjur kempen kebersihan di Kg Setia B

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Seramai 50 pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan empat pensyarah dengan kerjasama ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Setia B terlibat dalam sebuah aktiviti kempen kebersihan di Kampong (Kg) Ayer khususnya di Kg Setia B, kelmarin.

    UNISSA melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengadakan sebuah aktiviti Sayangi Warisan Kita: Kempen Kebersihan Kampong Ayer diadakan bersempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj UNISSA yang ke-14 iaitu memfokuskan tema Maqasid Syariah Teras Matlamat Pembangunan Mampan.

    Aktiviti itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan Kg Ayer dan perairan Sungai Brunei sekali gus mendedahkan bagaimana pencemaran air memberikan kesan buruk kepada kehidupan harian.

    Selain itu, program tersebut juga berfungsi untuk mengurangkan bahan pencemar yang dibuang ke dalam sungai dan sekali gus mendorong untuk sentiasa ada rasa tanggungjawab dalam menjaga kebersihan sungai dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kebersihan melalui aktiviti pembersihan dan pengurusan sisa yang betul.

    Diharapkan dengan ada program itu dapat meningkatkan daya tarikan kawasan Kg Ayer dan Sungai Brunei sebagai destinasi pelancongan dengan memastikan ia bersih dan indah, yang boleh memberi manfaat ekonomi kepada komuniti setempat.

    Para peserta bergambar ramai semasa menyertai kempen tersebut. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda