Khamis, November 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA hadiri ASHELF 2025 di PICC

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menghadiri ASEAN Higher Education Leadership Forum (ASHELF) 2025 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya, baru-baru ini.

    Forum anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Festival of Idea Putrajaya merupakan salah satu pertemuan terbesar bagi akademik seluruh rantau ASEAN.

    Ia diadakan sebagai salah satu acara pengisian bersempena dengan ASEAN Summit 2025 yang dihoskan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun ini.

    Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr Amnisuhailah Abarahan telah menjadi salah seorang panel bagi sesi forum yang bertajuk Leadership Pathways for Emerging Scholars.

    Panel forum tersebut banyak membincangkan mengenai hala tuju para akademik dalam mengimbangi tugasan sebagai tenaga pengajar dan juga pentadbiran pada waktu yang sama.

    Ahli panel-panel lain dari Malaysia dan Indonesia, ia juga banyak memberikan input bagi penyediaan kerangka Akademi Pendidikan Tinggi (AKEPT) dalam membina kapasiti para akademik dalam sama-sama membangun universiti melalui kerjaya akademik dan pentadbiran. 

    ASHELF telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Malaysia dan juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

    Turut hadir, Secretary General ASEAN, Tuan Yang Terutama Dr Kao Kim Hourn dalam ucaptama, antara lain banyak membincangkan mengenai kepentingan value-based education dan juga keperluan untuk lebih kepada penyelidikan yang groundbreaking dan tidak membudayakan publish or perish.

    GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda