Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA kukuhkan kerjasama akademik di Turkiye

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT –Rektor UNISSA Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, telah menghadiri ‘The International Conference on Islamic Moderate Thought and Its Challenges in the Era of Artificial Intelligence (ICONWAT- AI 2025)’ dan seterusnya membentang Kertas Utama yang bertajuk ‘Application Artificial Intellegence in Islamic Studies in Brunei Darussalam’.

    ICONWAT-AI 2025 telah berlangsung di Fatih Sultan Mehmet Vakıf Üniversitesi (Haliç Campus), Istanbul, Türkiye, baru-baru ini dan telah dirasmikan oleh Profesor Dr Turan Gokce, Timbalan Rektor, Fatih Sultan Mehmet Vakıf Üniversitesi (FSMVU) selaku wakil Rektor FSMVU.

    Persidangan dianjurkan oleh Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan kerjasama Fatih Sultan Mehmet Vakıf Üniversitesi (FSMVU), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar (Malaysia) dan Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar (Brunei).

    Pada tahun ini, tema persidangan ‘Towards Realizing the Best Nation and Promoting Global Peace’, antara objektif utama ICONWAT-AI 2025 adalah untuk mengenal pasti cabaran yang ditimbulkan oleh era Kepintaran Buatan (AI) kepada pemikiran Wasatiyyah dan kesan transformasi AI tentang nilai Wasatiyyah dalam mempengaruhi gaya hidup, budaya dan corak pemikiran masyarakat Islam.

    GAMBAR SERAHAN UNISSA

    Persidangan turut menampilkan beberapa sesi perbincangan selari, termasuk sesi meja bulat antara UNISSA, Brunei Darussalam; Universiti Malaya, Malaysia dan Fatih Sultan Mehmet Vakıf Üniversitesi (Haliç Campus), Istanbul, Türkiye, yang memberi ruang kepada pertukaran pandangan rentas institusi dan negara.

    Delegasi UNISSA juga telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dua hala bersama Universiti Istanbul Sabahattin Zaim, Universiti Ibn Haldun termasuk Islamic Research Centre and Islamic Art, History and Culture (IRCICA) di Istanbul, Türkiye.

    Sesi penandatangan Memorandum Persefahaman juga telah diberlangsung di antara Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan dan Rektor, Ibn Haldun Univerisiti, Istanbul, Türkiye, Profesor Dr Atilla Arkan.

    Dengan persidangan dan perbincangan dua hala itu, ia diharapkan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan serta memberikan impak positif dan signifikan terhadap kecemerlangan akademik dan penyelidikan serta menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan Islam yang lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat global.

    Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan dan Profesor Dr Atilla Arkan menandatangani MoU. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda