Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    UNISSA, KUPU SB kendali Jaulah Ilmu Mahabbah

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Program Jaulah Ilmu Mahabbah anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PERMAFIS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) buat julung kalinya telah diadakan di Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

    Ia dikendalikan bersama oleh Badan Pelajar Usuluddin (BadrU) sesi 23/24 dan Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (MPP PPUNISSA) sesi 23/24 serta Persatuan Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pada 30 Mei hingga 1 Jun lalu.

    Kedatangan rombongan PERMAFIS UMS, dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama BadrU dan MPP UNISSA.

    Mewakili pihak HEP UNISSA ialah Dekan Pelajar, Haji Hayatuddin bin Haji Moksin yang menyampaikan kata alu-aluan atas penerimaan sambutan rombongan pihak PERMAFIS UMS, dan daripada Yang Di-Pertua MPP PPUNISSA 23/24, Awang Muhammad Firdaus bin Sait serta Pengerusi BadrU 23/24, Awang Mohammad Iktiaruddini Fadhullah bin Abdullah.

    Pengenalan bagi pihak PERMAFIS UMS, disampaikan oleh pengarah program, Muhammad Zaini bin Mohd Hussain yang juga selaku Yang Di-Pertua PERMAFIS dan Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, UMS, Dr Issraq bin Ramli.

    GAMBAR SERAHAN UNISSA
    Gambar ramai mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam program tiga hari berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    Sesi berkenaan merupakan pengenalan sesama pihak pengendalian program dengan penganjur bagi memperkukuhkan jalinan ukhuwah di samping bekerjasama dalam mencapai objektif program.

    Seterusnya sesi Sembang Santai bertajuk Usaha Mencari Kontroversi & Publisiti di Media Sosial Berasaskan Isu Agama telah diadakan, manakala bagi pihak wanita, diadakan secara khas slot bicara hewi mengenai Peranan Wanita Dalam Dakwah, sebelum melakukan aktiviti fizikal Sinergi Mahasiswa di Taman Mahkota Jubli Emas.

    Di kemuncak program, Forum Perdana bertema Peranan Murabbi Dalam Membina Insan Lestari Yang Seimbang: Inspirasi Berdasarkan Model.

    Ahli-ahli panel bagi forum terdiri daripada pensyarah dari ketiga-tiga institusi pengajian berkenaan.

    Forum seterusnya berbentuk Dialog Mahasiswa yang membahaskan mengenai Kepimpinan Mahasiswa Sebagai Inspirasi: Membawa Perubahan Melalui Teladan dan Tanggungjawab.

    Ahli-ahli panel daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi dari ketiga-tiga institusi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS dan Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baharu hari ini, kata Ketua Turus Tentera Seoul, ketika sekutu-sekutu...