Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA lancar Sistem e-FIHRIST

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Bagi memudahkan pencarian bahan perpustakaan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah melancarkan Sistem Perpustakaan e-FIHRIST sempena Open Maktabah UNISSA, baru-baru ini.

    Sistem berkenaan juga membolehkan pustakawan melaksanakan tugas-tugas harian dengan lancar dan memberikan perkhidmatan yang efisien kepada warga UNISSA.

    Pelancarannya telah disempurnakan oleh Penolong Rektor (Akademik) UNISSA, Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad.

    Open Maktabah adalah Nama e-FIHRIST sempena Kitab Al-Fihrist iaitu sebuah kitab berbahasa Arab susunan Ibn Al-Nadim.

    Antara aktiviti lain yang diadakan semasa Open Maktabah itu adalah tunjuk cara akses dan penggunaan sistem-sistem dan pangkalan data Perpustakaan UNISSA seperti repositori e-ILAMI serta pangkalan-pangkalan data UNISSA.

    Profesor Madya Dr Siti Sara semasa melancarkan Sistem Perpustakaan e-FIHRIST baru-baru ini. – Gambar serahan UNISSA
    Gambar ramai kakitangan yang hadir pada majlis tersebut. – Gambar serahan UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda