Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA lantik Majlis Perwakilan Pelajar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) baru-baru ini membubarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA sesi 2016/2017 dan melantik ahli majlis baru bagi sesi 2017/2018 dalam majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium UNISSA.

    MPP merupakan badan induk yang mentadbir persatuan pelajar UNISSA dan dianggotai oleh mahasiswa dan mahasiswi yang dipilih melalui proses pengundian, dimulai dengan proses penamaan calon dalam kalangan pelajar tahun 2 dan 3.

    Seramai 11 orang calon telah disenaraikan dan dalam pusingan kedua, para pelajar sekali lagi mengundi untuk memilih pelajar yang akan memegang tujuh jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi MPP UNISSA.

    Gambar ramai ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018 bersama Dr. Arman dan pegawai-pegawai UNISSA.

    Pada majlis pelantikan baru-baru ini, tujuh pelajar telah dipilih bagi MPP 2017/2018 terdiri daripada Yang Di-Pertua, Awang Muhammad Fuad bin Matahir; Naib Yang Di-Pertua I, Awang Mohammad Rif’at Atiyah bin Anwari; Naib Yang Di-Pertua II, Dayangku Siti Nurkhairina binti Pengiran Metusin; Setiausaha I, Awang Muhammad Hisyamuddin bin Mohammad Ali; Setiausaha II, Hajah Nur Farhanah binti Haji Sulaihe; Bendahari I, Awang Mohamad Sofian bin Alias dan Bendahari II, Dayang Aisyah binti Haji Omar.

    Hadir pada majlis itu ialah Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad, pegawai-pegawai kanan, tenaga akademik, pegawai-pegawai, kakitangan sokongan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda