Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA memperluas jaringan kerjasama dengan institusi luar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus memperluas jaringan kerjasama melalui penandatangan memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) bersama beberapa buah institusi-institusi pengajian luar yang ikut menghadiri Hafl al-Takharruj Kali ke-15 UNISSA di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

    Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) bagi pihak UNISSA, Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal , bersama ketua-ketua perwakilan Innovative University College (IUC), Malaysia dan Universitas Madani Yogyakarta, Indonesia.

    Sementara Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) juga turut dilaksanakan di antara Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA dan Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diwakili oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Rektor UIAM.

    Manakala, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA yang akan bekerjasama dengan Fakulti Kewangan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diwakili oleh Penolong Naib Canselor, Profesor Dr Mohd Saffree Jeffree.

    Seterusnya, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, UNISSA dan Universiti Sunway yang diwakili oleh Profesor Sibrandes Poppema selaku Presiden.

    Dengan penandatanganan MoA bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), UNISSA bakal memperkenalkan Program Ijazah Dual Sarjana Muda secara kolaboratif dimana program ini akan membuka ruang kepada para pelajar untuk menerima dua kelayakan akademik daripada dua universiti rentas sempadan yang akan memulakan penawarannya pada sesi pengajian 2025/2026.

    Strategi ini merupakan usaha UNISSA dalam pemantapan kurikulum dan jalinan kerjasama dalam bidang pertukaran tenaga akademik, pelajar, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat.

    Termeterainya penandatanganan bersama institusi-institusi pengajian tinggi luar negara tersebut maka pelbagai inisiatif penting UNISSA bagi para pelajarnya akan terlaksana khususnya dalam memperoleh pendedahan serantau dan global, disamping mengasah daya kepimpinan untuk memimpin perubahan di masa hadapan dan juga prospek pasaran kerja yang lebih luas.

    Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan menandatangani MoU dan MoA dengan beberapa buah institusi pengajian luar, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda