Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    UNISSA semarak Aidilfitri dengan pelbagai juadah antarabangsa

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) juga tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Syawal dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M di Dewan Gymnasium, Kampus Gadong UNISSA, baru-baru ini.

    Sambutan pada tahun ini diterajui oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UNISSA di mana pejabat, fakulti, pusat, bahagian di UNISSA dibahagikan kepada enam stesen makanan bertema seperti masakan Thailand, Brunei, Indonesia dan oriental.

    Kombinasi dirombak daripada formasi sebelumnya untuk membuka ruang kerjasama baharu antara pejabat, fakulti dan pusat di UNISSA.

    Setiap stesen atau kluster menyediakan jamuan makanan dan minuman bagi 150 orang di samping menu makanan yang ditetapkan.

    Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bergambar ramai bersama warga UNISSA yang hadir pada acara sambutan tersebut di Dewan Gymnasium, Kampus Gadong UNISSA. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...