Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA sertu bangunan surau tambahan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini mengadakan acara menyertu bangunan surau tambahan universiti berkenaan bagi membersihkannya daripada segala kekotoran dan menghindari perasaan waswas jemaah yang bakal menggunakan surau itu kelak.

    Hadir sama bergotong-royong menyertu surau tersebut ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, pegawai-pegawai kanan UNISSA, pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA. Ia turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya.

    Bangunan surau tambahan ini dinaiktarafkan daripada bangunan lama yang hanya mampu menampung 200 orang jemaah dan apabila siap sepenuhnya, ia dijangka akan dapat menampung seramai 400 orang Jemaah.

    Dr. Haji Norarfan bersama kakitangan UNISSA bergotong-royong menyertu surau tambahan universiti tersebut.
    Dr. Haji Norarfan bersama kakitangan UNISSA bergotong-royong menyertu surau tambahan universiti tersebut.
    Antara yang menyertai acara tersebut.
    Antara yang menyertai acara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda