Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    UNISSA tawarkan program pertanian

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Orang ramai terutamanya para peladang yang berhasrat untuk menambah pengetahuan mengenai pertanian moden dialu-alukan untuk mengikuti Agritalk: Program Bersiri bagi Pengusaha Pertanian 2022/2023 yang ditawarkan oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan kerjasama Fakulti Pertanian.

    Program berkenaan ditawarkan dalam dua sesi iaitu Smart and Precision Agriculture System to realize sustainable Agro-Enterprises yang akan diadakan pada 11 Jun ini dan bakal disampaikan oleh Profesor Dr Ir Kudang Boro Seminar dari IPB University, Bogor Indonesia.

    Manakala itu, sesi kedua bertajuk Enhancing Crop-Soil Interactions For Sustainable Agricultural Efficiency akan diadakan pada 13 Julai dan menampilkan Profesor Dr Ahmed Osumanu Haruna dari UNISSA.

    Menurut UNISSA, program bertujuan untuk memberikan bimbingan kepada peladang dan pihak yang berkenaan dalam hal ehwal pertanian moden, memberikan bimbingan ilmu-ilmu praktikal dalam pertanian moden dan meningkatkan kemahiran pertanian kepada peserta.

    Orang ramai yang ingin mendaftar boleh melayari pautan https://bit.ly/AGRITALK_2022. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 24 Mei pukul 4 petang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...