Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA terima sijil ISO 9001:2015

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima pengiktirafan ISO 9001:2015 pada majlis yang diadakan di Restoran Horizon Seafood, baru-baru ini.

    Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dalam ucapannya selaku tetamu kehormat majlis berkata, anugerah pengiktirafan pengurusan kualiti seumpamanya merupakan satu peristiwa penting bagi UNISSA untuk bergerak lebih cemerlang terutamanya dalam aspek Providing Islamic Education and Research at University Level.

    Sistem Pengurusan Kualiti memberikan keperluan untuk sesebuah organisasi bergerak dengan teratur dan terancang dalam menguruskan proses yang tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan.

    Pada majlis yang diadakan oleh Pejabat Perancangan dan Pengurusan Strategik UNISSA itu, sijil ISO 9001:2015 telah disampaikan oleh Certification Manager Bureau Veritas, Ram M Desai kepada rektor UNISSA.

    Turut hadir pada majlis itu ialah pegawai-pegawai utama, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta ahli pasukan petugas yang dilantik.

    Penyerahan rasmi pensijilan ISO 9001:2015 yang disampaikan oleh Ram M Desai kepada rektor UNISSA.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda