Thursday, December 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA terima sijil keahlian ASEAN-FEN

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 DIS – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima sijil keahlian sebagai ahli bersekutu ASEAN FEN pada Majlis Pembukaan Simposium Perikanan Antarabangsa 2024 pada 20 November lalu.

    Simposium yang berlangsung selama dua hari itu diadakan di Hakodate Citizen Hall, Hakodate Arena, Hokkaido, Jepun yang melibatkan sesi pembentangan serta pameran berkaitan industri perikanan.

    UNISSA diwakili oleh Dekan Fakulti Pertanian, UNISSA, Profesor Madya Dr Hajah Rose binti Abdullah dan Pengarah Makmal Santifik Ibnu Sina, Penolong Profesor Dr Cristalina Jalil Marsal.

    Sebagai wakil UNISSA, Profesor Madya Dr Hajah Rose telah menerima sijil keahlian tersebut yang menjadikan universiti tersebut sebagai salah satu daripada 28 universiti yang diiktiraf sebagai ahli bersekutu ASEAN-FEN.

    Profesor Madya Dr Hajah Rose menerima sijil keahlian semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda