Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    UNISSA terima sumbangan buku

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), semalam telah menerima sumbangan buku daripada Pengurus Besar Mitsubishi Corporation, Masaki Fujiwara, selaku wakil kepada Persatuan Persahabatan Jepun-Brunei. Sumbangan sebanyak 13 buah buku itu telah diserahkan dan diterima oleh Pemangku Penolong Rektor UNISSA, Dr Hajah Lilly Suzanna binti Haji Shamsu.

    Buku-buku berkenaan adalah berkaitan dengan pembelajaran Bahasa Jepun.

    Menurut Dr Hajah Lilly Suzanna, beliau mengucapkan penghargaannya kepada Masaki Fujiwara di atas sumbangan tersebut yang dapat membantu Perpustakaan UNISSA menambahkan lagi bahan bacaan dan koleksi mereka sebagai rujukan kepada orang ramai khususnya kepada para mahasiswa di universiti berkenaan. Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah dihadiri oleh Pemangku Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, UNISSA, Dayang Siti Nurasmah binti Haji Damit dan Ketua Perpustakaan, UNISSA, Dayang Norhasinah binti Haji Moksin.

    Masaki Fujiwara menyerahkan sumbangan buku kepada Dr Hajah Lilly Suzanna di UNISSA, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -