Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    UNISSA, UiTM jalin kolaborasi

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Sebagai usaha menjalin kolaborasi dalam aspek penyelidikan, penerbitan, mobiliti staf dan pelajar serta pemerkasaan agenda zakat dan wakaf bersama institusi pengajian luar negara, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Fakulti Syariah dan Undang-undang telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Johor, pada majlis yang berlangsung di Bilik Senat, Kampus UNISSA, Gadong, hari ini.

    Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, manakala pihak UiTM ditandatangani oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Profesor Madya Dr Saunah Zainon.

    Penandatanganan itu bakal menjadi satu wadah platform ke arah perancangan-perancangan kolaborasi seterusnya demi manfaat bersama.

    Majlis diteruskan dengan seminar mini antarabangsa, bertemakan ‘Towards Sustainability of Muslim Philanthropy Fund’ yang diwakili oleh empat orang pembentang dari pihak UiTM dan empat pembentang dari UNISSA.

    Menerusi seminar itu, penulisan akademik diharapkan akan dimurnikan bagi tujuan penerbitan.

    Dr Hajah Lilly Suzana dan Profesor Madya Dr Saunah Zainon bergambar bersama dokumen MoA semasa majlis penandatanganan yang berlangsung di Bilik Senat, Kampus UNISSA, Gadong, kelmarin. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda