Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Unit Letak Kereta, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah berpindah ke Ibu Pejabat Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri bermula 13 Februari.
Sehubungan itu, jabatan berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengongsikan, sebarang urusan tuntutan letak kereta boleh dibuat di kaunter pembayaran, Tingkat 3, Bahagian Kewangan di jabatan berkenaan.
Waktu operasi kaunter adalah pada Isnin hingga Khamis dari pukul 8:15 pagi hingga 3 petang dan pada hari Sabtu dari pukul 8:15 pagi hingga 10:30 pagi.