Monday, July 8, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Unit SDT periksa penimbang sapi, daging

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengendalikan kerja-kerja pemeriksaan dan pengujian bacaan ketepatan ke atas 1 unit alat timbangan jenis platform scale dan 5 unit alat timbangan jenis neraca elektronik yang digunakan untuk menimbang sapi dan daging sejuk beku.

    Pemeriksaan itu dijalankan terhadap sebuah syarikat yang berlangsung di Lot. 2 dan 3 Tapak Perusahaan Feedlot, Kawasan Pertanian, Kampong Batang Mitus, Mukim Kiudang, Daerah Tutong pada 27 Jun lalu.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SDT, di sini, hasil daripada pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan alat sukat dan timbang berkenaan adalah sah, tepat dan berdaftar dengan Unit SDT selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, Peraturan-Peraturan (Penelitian) Alat-Alat Sukatan dan Timbangan 1994, di bawah seksyen 3 (1) dan (2).

    Gambar serahan SDT

    Seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan (Penelitian) Alat-alat Sukatan dan Timbangan 1994; di bawah seksyen 3 (2), setiap orang yang menggunakan atau ada pada miliknya untuk kegunaan perdagangan mana-mana timbangan, sukatan alat-alat untuk menimbang yang tidak dicap sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan ini adalah bersalah.

    Hukuman denda sebanyak $1,000.00 atau penjara selama 3 bulan atau kedua-duanya sekali dan timbangan, sukatan atau alat untuk menimbang yang tersebut itu boleh dirampas dan sebarang kontrak, tawar-menawar, jualan atau urusan dagang yang dibuat dengan timbangan, sukatan atau alat untuk menimbang sedemikian adalah tidak sah.

    Pihak syarikat dan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi Unit SDT, IBE melalui e-mel, sdt@mofe.gov.bn atau melalui talian, 233 4092.

    Gambar serahan SDT.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Cuaca panas di kebanyakan kawasan Jepun

    TOKYO, 7 JULAI – Jepun berdepan gelombang haba luar biasa, dengan suhu hampir mencecah 40 darjah Celsius di kawasan Tokai hingga Kanto, hari ini. Agensi...