Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Unit SDT uji brake tester 18 syarikat

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Setakat Jun 2024, sebanyak 18 buah syarikat telah dibuat pengujian bacaan ketepatan dan berdaftar dengan Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Peniagaan (IBE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi alat sukatan dan timbangan jenis brake tester.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit SDT, di sini, pemeriksaan, pengujian bacaan ketepatan dan seterusnya pendaftaran alat sukatan dan timbangan milik syarikat-syarikat pengedar kenderaan, motor dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan stesen pemeriksaan kenderaan (VIS) telah dikendalikan baru-baru ini.

    Daripada 18 buah syarikat yang dibuat pengujian berkenaan, sebanyak 16 buah syarikat adalah di Daerah Brunei dan Muara manakala dua buah syarikat pula di Daerah Belait.

    Para peniaga dan pengguna alat sukatan dan timbangan juga dikehendaki untuk sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan (Penelitian) Alat-alat Sukatan dan Timbangan 1994, di bawah Seksyen 3(2), setiap orang yang menggunakan atau ada pada miliknya untuk kegunaan perdagangan mana-mana timbangan, sukatan alat-alat untuk menimbang yang tidak dicap sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan ini adalah bersalah.

    Hukuman denda sebanyak $1,000 atau penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya sekali dan timbangan, sukatan atau alat untuk menimbang yang tersebut itu boleh dirampas dan sebarang kontrak, tawar-menawar, jualan atau urusan dagang yang dibuat dengan timbangan, sukatan atau alat untuk menimbang sedemikian adalah tidak sah.

    Orang ramai dan pihak syarikat yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi SDT melalui e-mel, sdt@mofe.gov.bn atau talian 2334092.

    Pengujian bacaan ketepatan dilaksanakan di sebuah syarikat berdaftar. – GAMBAR SERAHAN UNIT SDT
    GAMBAR SERAHAN UNIT SDT

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...