Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    United, Alaska Airlines temui bolt longgar pada Boeing 737 MAX

    NEW YORK, 9 JAN – United dan Alaska Airlines melaporkan kelmarin bahawa perkakasan longgar yang telah ditemui pada beberapa pesawat Boeing 737 MAX 9 mereka semasa pemeriksaan awal selepas kejadian dramatik di pertengahan penerbangan minggu lepas.

    Pendedahan itu datang ketika pemeriksa pengangkutan persekutuan Amerika Syarikat (AS) menyiasat apa yang menyebabkan komponen palam pintu yang dikenali sebagai door plug meletup Jumaat lalu di pesawat penumpang Alaska Airlines, memaksa pesawat itu melakukan pendaratan cemas.

    United kelmarin berkata bahawa mereka telah “menjumpai contoh yang kelihatan berkaitan dengan isu pemasangan pada palam pintu, contohnya, bolt yang memerlukan pengetatan tambahan.”

    Beberapa jam kemudian, Alaska Airlines mengatakan bahawa kakitangannya telah menemui “perkakasan yang longgar kelihatan pada beberapa pesawat.”

    Saham Boeing jatuh kelmarin apabila pelabur mula menilai implikasi kewangan insiden itu, manakala pihak berkuasa pe-nerbangan AS menyediakan syarikat penerbangan dengan protokol untuk memeriksa pesawat dengan konfigurasi serupa dengan pesawat 737 MAX 9 yang terlibat dalam insiden Jumaat.

    Pemeriksa Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) kelmarin berkata bahawa mereka tidak menemui perkakasan untuk komponen yang tertanggal pada penerbangan Alaska Airlines pada Jumaat, tetapi tidak menentukan sama ada ia wujud atau telah terbang bersama panel itu.

    Melalui ujian peralatan selanjutnya, “kami akan dapat menentukan sama ada perkakasan itu ada di sana,” kata Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy kepada pemberita. – AFP

    Lembaran plastik menutupi kawasan fiuslaj pesawat Alaska Airlines N704AL Boeing 737 MAX 9 di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland di Portland, Oregon pada 8 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda