Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    United beli Hojlund £64 juta

    LAS VEGAS, 30 JULAI – Manchester United dilaporkan telah bersetuju untuk membeli penyerang Atalanta, Rasmus Hojlund, dengan perjanjian awal bernilai £64 juta.

    Pemain antarabangsa Denmark itu adalah pemain utama ketiga yang tiba di Old Trafford sepanjang jendela perpindahan musim panas selepas selepas pembelian pemain tengah Chelsea, Mason Mount dan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana.

    United difahamkan telah bersetuju untuk membayar £64 juta untuk Hojlund, dengan tambahan £8 juta sebagai bonus.

    Pemain berusia 20 tahun itu juga dilaporkan telah bersetuju dengan kontrak lima tahun dan pilihan tambahan satu musim.

    Hojlund menyertai Atalanta pada Ogos 2022 daripada kelab Austria, Sturm Graz, dengan nilai 17 juta euro. Dia berjaya menjaringkan sembilan gol dalam 32 penampilan dalam Liga Serie A musim lalu.

    Reaksi Rasmus Hojlund selepas menjaringkan gol semasa perlawanan Kelayakan Euro 2024 di Ljubljana, Slovenia, 19 Jun. – AFP

    Pengurus United, Erik ten Hag, enggan memberi komen mengenai laporan tersebut apabila ditanya oleh wartawan semalam menjelang perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund di Las Vegas hari ini.

    “Saya tidak boleh bercakap tentang pemain yang masih di bawah kontrak dengan kelab lain,” katanya.

    Namun, Ten Hag berharap Mount dan Onana akan disertai oleh seorang penyerang baharu, semasa dia berusaha untuk membawa United kembali ke puncak carta.

    “Dengan skuad ini, kami membina asas pada musim lalu, kini kami perlu mencari pemain yang sesuai dan boleh membantu meningkatkan tahap permainan. Saya fikir kami berjaya dengan Andre Onana, berjaya dengan Mason Mount, dan kini kami sedang mencari seorang penyerang,” katanya. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Program Bas Belia BIMP-EAGA dilancar

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Pogba sedia buat penampilan untuk Monaco

    PARIS, 21 NOV – Paul Pogba dijangka akan kembali...

    Festival jubli emas sempena penubuhan Maktab Duli

    Oleh Sim Y. H. - BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV...

    De Ligt selamatkan United daripada kebangkitan Tottenham

    LONDON, 9 NOV - Matthijs de Ligt menyelamatkan Manchester...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...