Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    United benam Barcelona

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 24 FEB – Transformasi Erik ten Hag ke atas Manchester United kini membuahkan hasil di Liga Europa apabila The Red Devils berjaya mengalahkan Barcelona di Old Trafford.

    Gol separuh masa kedua daripada Fred dan Antony memastikan kemenangan United yang tidak dapat dilupakan apabila pendahulu La Liga itu dikalahkan 2-1 semalam dengan agregat 4-3.

    Hakikat bahawa ganjaran United hanyalah satu tempat dalam pusingan 16 terakhir Liga Europa menunjukkan masih banyak lagi perjalanan untuk juara Eropah tiga kali itu menemui semula kejayaan masa lalu mereka di pentas benua.

    Dengan peningkatan momentum di bawah bekas bos Ajax itu, United masih memburu empat trofi pada musim pertama Ten Hag memimpin.

    Penantian selama enam tahun untuk merebut piala mungkin berakhir apabila United menentang Newcastle dalam perlawanan akhir Piala FA pada Ahad.

    Tanpa kejuaraan liga dalam tempoh sedekad, United hanya ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Arsenal dan juga ke pusingan 16 terakhir Piala FA, di mana mereka menentang West Ham di laman sendiri.

    Sejak pemergian Alex Ferguson pada 2013, Old Trafford kehilangan auranya sebagai destinasi mengerunkan untuk pasukan pelawat sehingga terjerumus dalam kekalahan memalukan kepada Brighton dan Brentford semasa Ten Hag mula-mula mengendalikan skuad tersebut, kini menjadi kenangan.

    Barcelona adalah antara pasukan besar yang dikalahkan United di tempat sendiri sejak beberapa bulan kebelakangan ini, menyertai Arsenal, Liverpool dan Manchester City. Ten Hag berharap ini hanyalah permulaan dalam perjalanan United kembali untuk bersaing di peringkat tertinggi di Eropah.

    “Kami mempunyai potensi untuk menewaskan pasukan besar,” tambahnya. “Kami telah mengalahkan City, Arsenal, Liverpool. Jika kami menunjukkan disiplin dan semangat berpasukan pasukan ini boleh melakukan banyak perkara.” – AFP

    Bruno Fernandes meraikan gol kedua rakan sepasukannya, Antony. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda