Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    United berdepan ujian sengit menentang Liverpool

    LONDON, 22 OKT – Manchester United, yang bangkit semula semasa perlawanan Eropah mereka, bakal menghadapi ujian sengit bertemu Liverpool dalam pertemuan penting dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

    Sementara itu, Chelsea digegarkan dengan kecederaan Romelu Lukaku dan Timo Werner, dan memerlukan pasukannya untuk menghadapi cabaran ketika menghadapi pasukan Norwich.

    Di ambang kekalahan yang teruk di saingan Liga Juara-Juara menentang Atalanta pada hari Rabu lalu, Manchester United berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan sekali gus mengurangkan tekanan pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer.

    Kebangkitan United daripada ketinggalan dua gol dilengkapkan oleh gol kemenangan Cristiano Ronaldo, memastikan mereka mengelak kekalahan kelima dalam lapan perlawanan.

    Tetapi kegembiraan dan kelegaan yang dirasakan di Old Trafford setelah kemenangan 3-2 itu akan kembali kepada kebimbangan jika United tewas kepada musuh lama, Liverpool pada hari Ahad.

    United sudah ketinggalan empat mata di belakang Liverpool setelah gagal untuk memenangi tiga perlawanan terakhir liga mereka dan satu lagi kekalahan menentang pasukan Jurgen Klopp akan menjadi cabaran besar bagi mereka untuk merebut gelaran pertama Inggeris sejak 2013.

    Manakala pengurus Chelsea, Thomas Tuchel terpaksa mengharapkan Kai Havertz dan Callum Hudson-Odoi selepas kecederaan ke atas Romelu Lukaku dan Timo Werner.

    Pemain penyerang Belgium, Lukaku dan penyerang Jerman, Werner dikeluarkan semasa kemenangan pertengahan minggu menentang Malmo dengan masalah pergelangan kaki dan hamstring masing-masing. – AFP

    Reaksi pemain tengah Manchester United, Paul Pogba memuji peminat ketika hadir dalam perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara menentang Atalanta di stadium Old Trafford. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda