Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    United berdepan ujian terbesar menentang Liverpool

    MANCHESTER, ENGLAND, 3 MAC – Salah satu persaingan terbesar bola sepak Inggeris bakal disambung semula di Anfield pada Ahad dengan perubahan kedudukan.

    Musim lalu, Liverpool memburu empat trofi. Tahun ini, ia adalah pasukan Manchester United diterajui pengurus Erik ten Hag yang berpeluang memenangi empat kejuaraan.

    Jika United boleh mengharungi apa yang boleh dikatakan sebagai ujian paling sukar dalam Liga Perdana, cabaran kejuaraan yang serius mungkin berlaku.

    Setelah beraksi dengan pasukan utama Arsenal dan Manchester City di laman sendiri dan di tempat lawan musim ini, kunjungan ke Anfield mewakili ujian besar terakhir buat United, walaupun selepas Liverpool bergelut untuk kekal konsisten.

    Pasukan Liverpool yang sudah menewaskan City dan pendahulu liga Itali, Napoli di laman sendiri musim ini boleh menjejaskan cita-cita Ten Hag. Kelab Merseyside itu ingin merebut peluang untuk menggagalkan momentum United serta merangsang kempen mereka sendiri untuk menempah satu tempat kelayakan Liga Juara-Juara.

    Walaupun transformasi United yang mengagumkan di bawah kendalian pengurus Belanda, pasukan itu masih belum memperoleh kemenangan menentang salah satu saingan utamanya di luar Old Trafford. Ia menjadikan kunjungan ke Anfield lebih berpotensi untuk memberi pengajaran mengenai perkembangan juara liga 20 kali itu.

    Keputusan seri 2-2 di Barcelona dalam perlawanan Liga Europa bulan lalu adalah bukti peningkatan keyakinan dan keberanian pasukan yang tidak dapat bersaing dengan City dan Liverpool dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sementara United terus memenangi perlawanan kedua 2-1 dan mara ke pusingan 16, ia masih menunggu kemenangan penting itu di laman kelab terkemuka musim ini. – AP

    Ketua jurulatih Manchester United, Erik ten Hag memberi isyarat semasa perlawanan bola sepak pusingan kedua Liga Europa antara Manchester United dan Barcelona di stadium Old Trafford di Manchester, England. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda