Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    United beri ganjaran kerja keras pengurus

    LONDON, 25 JULAI – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah menandatangani perjanjian baharu selama tiga tahun, menurut pengumuman kelab Liga Perdana Inggeris tersebut kelmarin.

    Pengurus kelahiran Norway, mengambil alih peranan tersebut dari Jose Mourinho pada 2018, akan kekal berada di Old Trafford sehingga sekurang-kurangnya 2024, dengan pilihan dilanjutkan setahun.

    “Semua mengetahui perasaan saya terhadap kelab ini, dan saya gembira untuk menandatangani perjanjian baharu bersama kelab,” Solskjaer memberitahu laman rasmi kelab.

    “Saat yang mengujakan untuk Manchester United, kami telah membangunkan sebuah skuad dengan keseimbangan yang bagus menerusi pemain muda dan yang berpengalaman. Ini membuatkan kami dahagakan kejayaan.”

    Solskjaer memimpin United untuk menamatkan kedudukan kedua di Liga Perdana Inggeris musim lalu dan tewas di pusingan akhir Piala Europa di tangan Villarreal. Kini, pengurus berusia 48 tahun itu telah menandatangani pemain sayap England, Jadon Sancho ke dalam skuadnya dan menyasarkan kejayaan dalam bola sepak England dan Eropah.

    “Saya mempunyai pasukan kejurulatihan yang luar biasa dan kami bersedia untuk melonjak satu langkah dalam perjalanan kami,” katanya.

    “Manchester United ingin menjadi pasukan terbesar dan memenangi piala. Sebab itu yang ingin menjuarainya, di dalam dan luar padang, dan kami akan meneruskannya dalam beberapa musim mendatang.

    “Saya tidak sabar untuk keluar beraksi di hadapan peminat di Old Trafford dan memulakan kempen.”

    Bekas penyerang United sebelum ini mengambil alih jawatan sementara pada Disember 2018 berikutan pemecatan Mourinho, sebelum diberikan peranan tersebut secara tetap selepas beberapa siri keputusan yang memuaskan. – AFP

    Ole Gunnar Solskjaer telah menandatangani perjanjian baharu selama tiga tahun bersama Manchester United. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda