Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    United berjaya ikat Liverpool

    LONDON, 18 DIS – Manchester United menamatkan rekod sempurna Liverpool di Anfield kelmarin, mengikat pencabar kejuaraan Liga Perdana itu dengan keputusan seri 0-0 selepas kemenangan Arsenal dan Aston Villa.

    Anak buah Jurgen Klopp menuju ke perlawanan itu dengan ramai yang menjangkakan mereka akan menimbulkan lebih banyak penderitaan kepada saingan sengit mereka dan berbangga dengan 11 kemenangan daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan di laman sendiri musim ini.

    Liverpool mendominasi hampir 70 peratus penguasaan bola dan melakukan 34 percubaan gol berbanding enam untuk United tetapi mereka tidak dapat me-nembusi pertahanan lawan yang kukuh.

    Anak buah Klopp menghuni di tempat kedua dalam jadual pada hari ini, hanya ketinggalan satu mata di belakang Arsenal yang mencatatkan 39 mata selepas The Gunners menewaskan Brighton 2-0.

    Keputusan itu adalah meningkatkan moral untuk pengurus United yang berada dalam tekanan, Erik ten Hag, yang pasukannya musim lalu menderita kekalahan 7-0 di Anfield dan datang ke perlawanan dengan 12 kekalahan dalam 24 perlawanan dalam kempen setakat ini.

    United kehilangan kapten yang digantung, Bruno Fernandes manakala Marcus Rashford yang tidak dalam prestasi terbaik sekali lagi berada di bangku simpanan.

    Tetapi mereka berusaha sedaya upaya dan menghentikan kejatuhan mereka selepas kekalahan teruk di tempat sendiri menentang Bournemouth minggu lalu dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu.

    Penjaga gol United, Andre Onana bertindak dengan cemerlang untuk menghalang tandukan Virgil van Dijk dari jarak dekat pada separuh masa pertama dan pasukan pelawat bahkan hampir menang, tetapi rembatan Rasmus Hojlund berjaya ditolak di tiang dekat oleh penjaga gol Liverpool, Alisson Becker.

    Van Dijk berkata Liverpool kecewa dengan keputusan itu, percaya mereka ‘lebih baik dalam semua aspek’. – AFP

    Reaksi Diogo Dalot selepas menerima kad merah semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di stadium Anfield di Liverpool. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda