Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    United ‘berkorban’ demi penyokong kurang upaya

    LONDON, 25 Jan – Manchester United mahu mencipta 300 tempat duduk baru bagi para penyokong kurang upaya di Old Trafford sebagai sebahagian daripada rancangan yang akan menyaksikan kapasiti stadium itu akan dikurangkan daripada 75,635 kepada sekitar 73,000.

    Meningkatnya jumlah tempat bagi penyokong kurang upaya akan melibatkan United memindahkan 2,600 pemegang tiket bermusim daripada kedudukan mereka selama tiga tahun, United mengakui itu adalah ‘pengorbanan’ bagi para penyokong berkenaan.

    United berharap dengan perubahan struktural itu, yang diterima baik oleh para penyokong kurang upaya kelab Liga Perdana itu dan secara kasarnya menggandakan ruang yang tersedia untuk mereka, yang dijangka selesai menjelang Ogos.

    “Old Trafford merupakan rumah bagi kesemua para peminat United dan perubahan-perubahan ini akan membantu lebih ramai penyokong kurang upaya setia yang menghadiri perlawanan-perlawanan bagi menyaksikan wira-wira mereka,” kata pengarah urusan kumpulan United, Richard Arnold.

    “Manchester United bangga dengan kerja mereka dalam bidang ini selama lebih 25 tahun dan akan terus memastikan ia kekal menjadi kepentingan kami.”

    Arnold menambah: “Kami tahu ia akan menjejaskan para pemegang tiket bermusim yang telah memegang tempat mereka selama berdekad-dekad dan ia akan menjadi satu ‘pengorbanan’ untuk melepaskan mereka.

    “Tetapi kami juga akan tahu sebahagian besar mereka akan faham dan menyokong pengembangan itu.”

    Setiausaha Persatuan Penyokong Kurang Upaya Manchester United, Chris Banks, mengalu-alukan perubahan rancangan itu: “Saya dipenuhi dengan rasa bangga bahawa kelab yang telah saya sokong sejak datang ke Old Trafford ketika masih budak pada tahun 1957 telah mengetuai penambahan kemudahan tempat duduk bagi memenuhi panduan Accessible Stadia.

    “Ia adalah impian menjadi kenyataan bagi saya dan sejumlah besar penyokong kurang upaya United yang lain.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda