COPENHAGEN, 9 NOV – Manchester United semakin hampir tersingkir awal daripada Liga Juara-Juara (UCL) selepas tewas 3-4 di tangan FC Copenhagen dalam perlawanan yang menyaksikan Marcus Rashford dibuang padang, awal pagi tadi.
Rasmus Hojlund kembali menghantui bekas kelabnya dengan jaringan dua gol dalam masa setengah jam.
Tetapi tindakan Rashford dibuang padang mengubah rentak perlawanan dan mungkin menentukan nasib United dengan penyingkiran ketiga daripada empat perlawanan Kumpulan A.
Mohamed Elyounoussi dan Diogo Goncalves menyamakan kedudukan untuk Copenhagen sebelum rehat.
Penalti Bruno Fernandes kembali meletakkan United di depan tetapi dua gol dalam tempoh tujuh minit terakhir daripada Lukas Lerager dan Roony Bardghji yang berusia 17 tahun membolehkan Copenhagen meraih kemenangan pertama aksi UCL sejak 2016.

United kini menduduki tangga tercorot dalam kumpulan, satu mata di belakang Galatasaray dan Copenhagen, dengan baki dua perlawanan lagi.
The Red Devils bertandang ke Galatasaray dalam masa tiga minggu sebelum melayan kunjungan juara kumpulan, Bayern Munich.
Kekalahan itu sekali lagi akan meningkatkan tekanan kepada bos United, Erik ten Hag selepas sembilan kekalahan dalam 17 perlawanan musim ini.
Tetapi pengurus Belanda itu akan memikirkan apa yang mungkin berlaku berlaku jika tidak kerana Rashford dibuang padang selepas setengah jam pertama perlawanan.
“Kami bermain sangat baik sehingga kad merah. Kad merah itu mengubah segala-galanya. Kemudian perlawanan menjadi berbeza,” kata ten Hag. – AFP

