Tuesday, February 4, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    United dimalukan Bournemouth

    LONDON, 23 DIS – Manchester United dimalukan Bournemouth apabila ditewas 3-0  di tempat sendiri kelmarin.

    Bos United, Ruben Amorim, yang sekali lagi tidak menyenaraikan Marcus Rashford dalam skuadnya, bersedia menghadapai Krismas yang menyedihkan berikutan keputusan terburuk sejak kendaliannya.

    Berada di tempat ke-13, United mengalami empat kekalahan dalam sembilan perlawanan dalam semua pertandingan sejak Amorim tiba dari Sporting Lisbon pada November untuk menggantikan Erik ten Hag yang dipecat.

    Kekalahan kedua berturut-turut United selepas tersingkir dari Piala Liga di Tottenham pada Khamis menunjukkan Amorim bahawa perjalanan mereka untuk kembali ke puncak adalah panjang dan sukar.

    United yang bolos terlebih dahulu sejak enam perlawanan terakhir mereka, telah pun diejek penonton pada separuh masa.

    “Perlawanan ini sukar untuk kami. Kami menderita sekali lagi pada set-piece dan kami agak gementar. Saya merasakannya di stadium,” kata Amorim.

    “Kami perlu menderita sekali lagi tetapi kami akan cuba untuk menang.”

    Sekali lagi, United terdedah pada situasi bola mati pada minit ke-29 apabila pertahanan remaja Bournemouth, Dean Huijsen membuka jaringan pada sepakan percuma dengan tandukan melepasi penjaga gol Andre Onana.

    Keadaan menjadi lebih buruk untuk Amorim pada separuh masa kedua apabila Justin Kluivert menggandakan kelebihan Bournemouth dengan penalti minit ke-61 berikutan kekasaran Noussair Mazraoui ke atas penyerang itu.

    Antoine Semenyo menambah kesengsaraan United dua minit kemudian dengan penyudah hebat daripada hantaran Dango Ouattara. – AFP

    Reaksi Alejandro Garnacho terlepas peluang menjaringkan gol semasa menentang Bournemouth di stadium Old Trafford, Manchester kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda