Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    United dimalukan di tempat sendiri

    MANCHESTER, 10 DIS – Musim kucar-kacir Manchester United kini menjadi lebih parah setelah mereka tewas 3-0 di tempat sendiri kepada Bournemouth, sementara Liverpool mendahului Liga Perdana kelmarin.

    Kemenangan Liverpool dalam perlawanan awal hari itu memberikan mereka kelebihan satu mata ke atas Arsenal di tempat kedua, yang melepaskan peluang untuk kembali menduduki tempat teratas kemudian setelah mereka tewas 1-0 di Aston Villa.

    Kemenangan ke-15 berturut-turut Aston Villa di gelanggang sendiri telah melonjakkan kelab itu ke kedudukan ketiga dan dua mata mengejar pendahulu.

    Musim United mencapai tahap yang terendah apabila Bournemouth mencatat kemena-ngan pertama mereka di Old Trafford dengan bergaya.

    Skuad kendalian Erik ten Hag melonjak ke tangga keenam hasil enam kemenangan dalam lapan perlawanan Liga Perdana.

    Reaksi Dominic Solanke selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di stadium Old Trafford di Manchester pada 9 Disember. – AP

    Tetapi persembahan yang buruk meletakkan kedudukan pengurus Belanda itu kembali di bawah perhatian menjelang kemungkinan tersingkir dari Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan pada pertengahan minggu.

    Dominic Solanke meletakkan Bournemouth di depan selepas hanya lima minit apabila dia menyudahkan hantaran lintang Lewis Cook.

    Philip Billing melakukan lompatan untuk menanduk masuk hantaran lintang Marcus Tavernier pada minit ke-68 sebelum Marcos Senesi mengesahkan kemenangan berharga untuk anak buah Andoni Iraola.

    “Saya fikir sebagai skuad kami tidak cukup baik untuk kekal konsisten dan kami perlu berusaha untuk memperbaikinya,” kata Ten Hag.

    “Sudah tentu, saya marah dan kecewa, pasti,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda