Saturday, February 22, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    United gagal tawan kubu Chelsea

    LONDON, 6 Nov – Penyerang Chelsea, Alvaro Morata menghukum Jose Mourinho bagi satu kekalahan menentang bekas kelabnya apabila juara Liga Perdana itu meraih kemenangan penting 1-0 ke atas Manchester United awal pagi tadi.

    Morata dihadiahkan persembahan bertenaga daripada skuad Antonio Conte apabila penyerang Sepanyol itu menanduk masuk gol pembukaan di awal separuh masa kedua di Stamford Bridge.

    Selepas tewas dua kali di Chelsea dalam musim pertamanya sebagai bos United, Mourinho, yang memenangi tiga gelaran Inggeris dalam dua kali kendalian bersama Chelsea, sudah mula terbiasa untuk meninggalkan London barat itu dengan tangan kosong.

    Ini pastinya menyakitkan bagi Mourinho kerana kekalahan kedua dari tiga perlawanan terakhir Liga Perdana meletakkan mereka di kedudukan kedua, ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Manchester City.

    United belum menang di Chelsea sejak Oktober 2012, rentetan yang kini menjadi lapan perlawanan.

    Bintang Chelsea, Eden Hazard melompat untuk mengelakkan terjahan pemain pertahanan Man United, Eric Bailly dalam aksi sengit Liga Perdana di Stamford Bridge. – AP

    Sementara Mourinho cuba mengubati lukanya, pengurus Chelsea Conte boleh rasa lega dengan persembahan pasukannya sekali gus meletakkan Chelsea sembilan mata di belakang City.

    Di tengah-tengah Conte dalam bahaya kehilangan sokongan daripada para pemainnya kerana rejim latihannya, kemenangan ketiga berturut-turut Chelsea dalam liga tiba tepat pada masanya bagi warga Itali itu apabila pemilik Blues, Roman Abramovich membuat antara lawatan yang tidak menyenangkan ke padang latihan.

    Setelah dilaporkan menilai semula pemain-pemainnya selepas tewas 3-0 kepada Roma, kesimpulannya Conte tidak menurunkan David Luiz dan Antonio Rudiger dalam perlawanan awal pagi tadi.

    Tepat pada masanya, pemain tengah Perancis, N’Golo Kante kembali untuk memberikan pengaruhnya selepas terlepas enam perlawanan kerana masalah hamstring. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda