Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    United gagal tebus kekalahan

    LONDON, 3 OKT – Manchester United terikat di gelanggang sendiri menentang Everton kelmarin selepas Cristiano Ronaldo digantikan manakala Chelsea berjaya menjaringkan dua gol akhir menentang Southampton untuk menaiki puncak liga.

    Sementara itu, Brighton mencatat keputusan seri 0-0 menentang Arsenal sekali gus menamatkan kemenangan berturut-turut buat Arsenal. Selain itu, Leeds meraih kemenangan pertama liga pada musim ini.

    Keputusan seri United 1-1 di Old Trafford telah meneruskan prestasi yang tidak memuaskan di gelanggang sendiri termasuk kekalahan dalam Piala Liga Inggeris (EPL) menentang West Ham dan di Liga Perdana Inggeris di tangan Aston Villa.

    Ronaldo telah menjaringkan sebanyak lima kali dalam enam perlawanan dalam semua pertandingan sejak menyertai kembali kelab itu pada bulan Ogos tetapi Ole Gunnar Solskjaer berkata dia tidak menyesal merehatkan pemain berusia 36 tahun itu – yang menjaringkan gol penentuan menentang Villarreal pada pertengahan minggu.

    “Awda membuat keputusan sepanjang musim, awda perlu mengurus tugasan pemain,” kata pengurus Norway itu. “Keputusan tersebut, bagi saya, adalah keputusan yang betul.

    “Kami telah bermula dengan baik berbanding musim lepas, tetapi ia bukan seperti yang kami mahukan.”

    Everton mencipta beberapa peluang semasa awal perlawanan tetapi ketinggalan semasa separuh masa pertama selepas serangan mengejut daripada Anthony Martial, berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam EPL semenjak bulan Feb melalui hantaran daripada Bruno Fernandes.

    Solskjaer menggantikan Ronaldo dan Jadon Sancho 12 minit selepas separuh masa kedua bersambung dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti perlawanan menentang pasukan Rafael Benitez tetapi Everton tanpa belas kasihan memecahkan pertahanan United melalui serangan balas.

    Doucore berjaya menghantar bola kepada Andros Townsend yang kemudian menjaringkan gol kelimanya dalam sembilan penampilan. – AFP

    Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo ketika membawa bola dalam perlawanan EPL menentang Everton, di Old Trafford kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda