United hampa, tewas lagi

MANCHESTER, 23 JAN – Manchester United tewas dua kali berturut-turut di perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Burnley di halaman sendiri di Stadium Old Trafford semalam dan peminat-peminat United sudah mula melontarkan kemarahan mereka kepada pemilik kelab berkenaan yang dipegang oleh keluarga Glazer.

Pertama kali dalam sejarah Burnley menundukkan kelab gergasi England itu sejak 1962 apabila Chris Wood dan Jay Rodriguez berjaya menjaringkan gol dan memberi kemenangan kepada pasukannya semalam.

Chris Wood menjaringkan gol di babak pertama perlawanan, Jay Rodriguez menjaringkan gol kemenangan di babak kedua perlawanan dan berakhir dengan keputusan 2-0.

Persembahan yang begitu mengecewakan buat peminat United sehingga mereka mempamerkan sepanduk yang bertulis ‘sila berdiri jika kamu bencikan Glazer’

Glazer pemilik kelab yang berasal dari Amerika Syarikat dan timbalan pengerusi eksekutif Ed Woodward menjadi punca kekalahan mereka daripada peminat ketika perlawanan semalam. Kebanyakan pemain United berdepan kecederaan dengan aksi hambar sejak bermula musim perlawanan.

Manchester United tewas di tangan Liverpool minggu lalu meninggalkan mereka enam mata untuk mendapatkan kedudukan empat teratas liga yang dipegang oleh Chelsea bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan. Burnley berada di tangga ke-13 tujuh mata selamat dari zon penyingkiran. – AP

Reaksi pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer selepas pasukannya tewas menentang Burnley di Old Trafford, England. – AP