Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    United, Inter jadi pasukan pilihan UEL

    PARIS, 9 OGOS – Manchester United, Inter Milan dan Sevilla akan menjadi topik hangat ketika pasukan-pasukan bekas juara akan membuat perjalanan ke Jerman dalam kejohanan pusingan kalah mati untuk dinobatkan sebagai kempen Liga Europa yang terjejas oleh pandemik koronavirus.

    Kesemua perlawanan dari suku akhir dan seterusnya dalam pertandingan musim ini akan diadakan tanpa kehadiran peminat dengan hanya satu pusingan di kesemua tempat perlawanan – Cologne, Duisburg, Dusseldorf dan Gelsenkirchen – disebabkan pandemik selama lima bulan.

    Walaupun tempat juara Liga Juara-Juara masih menunggu pemenang final di Cologne pada 21 Ogos, banyak yang telah berubah sejak wabak COVID-19, sekali gus menyebabkan bola sepak Eropah terhenti pada Mac lalu.

    “Terdapat peraturan dan undang-undang mengenai gelembung untuk membuat perjalanan. Kita harus tetap bersama, tinggal bersama di dalam dan sekitar hotel dan tempat latihan,” kata pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengenai protokol kesihatan yang perlu dihormati oleh kelab. Pemain dan kakitangan akan menjalani ujian virus sebelum menuju ke Jerman dan sekali lagi pada malam perlawanan sebaik tiba, proses diulangi untuk setiap perlawanan berikutnya dalam kejohanan akhir. UEFA menasihatkan pasukan untuk melakukan perjalanan dengan penerbangan charter dan mengurangkan hubungan dengan orang awam, sangat digalakkan menginap di hotel eksklusif – yang mana sebahagian besar pemain akan dikuarantin – untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya penyebaran wabak.

    Penggunaan penutup mulut dan hidung adalah tidak dimestikan bagi pemain di bangku simpanan dan jurulatih tetapi mereka dimestikan untuk mengekalkan penjarakan fizikal ketika duduk, dengan pemain-pemain diarahkan untuk mengehadkan berhubung sekerap mungkin semasa sesi pemanas badan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda