Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    United jangan biasa terima kekalahan – Fernandes

    MANCHESTER, 24 JAN – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes berkata penyokong kelab itu tidak seharusnya merendahkan harapan mereka walaupun Red Devils bergelut musim ini, khususnya di Old Trafford.

    Fernandes menyelamatkan pasukannya 2- 1 dari kekalahan pada masa kecederaan semasa menentang Rangers kelmarin sekali gus menghampiri laluan terus ke pusingan 16 terakhir Liga Europa.

    United telah tewas empat daripada lima perlawanan di tempat sendiri sebelum ini, menyebabkan Ruben Amorim mengisytiharkan pasukannya ‘paling teruk’ dalam sejarah kelab itu.

    “Di kelab ini, awda perlu memenangi setiap perlawanan, jika tidak awda tahu ia akan menjadi sukar, akan ada saat yang sukar,” kata Fernandes kepada TNT Sports.

    “Ini adalah kelab besar yang sudah biasa memenangi perlawanan. Saya harap peminat kami jangan biasa dengan kekalahan perlawanan, walaupun dalam pengalaman sukar ini. Saya mahu mereka berasa seperti pasukan ini perlu memenangi setiap perlawanan.”

    Satu mata di tempat lawan bertemu pasukan Romania, FCSB minggu hadapan sudah cukup untuk memastikan kedudukan lapan teratas dalam carta Liga Europa untuk United dan mengelak pusingan playoff.

    Fernandes mempunyai cita-cita yang tinggi kerana dia menyasarkan memenangi pertandingan tersebut di Bilbao pada Mei nanti.

    “Hari ini penting untuk meraih kemenangan kerana kami mahu melepasi saingan Liga Europa, kami mahu ke final,” tambahnya.

    “Kami mahu berada dalam kelompok lapan pertama jadi kami mengelak daripada bermain dua lagi perlawanan.”

    United juga lewat peroleh kemenangan minggu lalu untuk bangkit daripada ketinggalan 1-0 menentang Southampton menerusi hasil hatrik Amad Diallo.

    Dan Fernandes menyeru pasukannya untuk menunjukkan persembahan lebih konsisten daripada memerlukan kemenangan saat akhir untuk keluar dari masalah.

    “Ia bukan tentang membuktikan kekuatan di saat akhir untuk bangkit apabila kami dibolosi gol atau sesuatu menentang kami,” katanya.

    “Kami perlu konsisten sepanjang 90 minit, tidak kira keputusan, kami perlu sentiasa berusaha mencari jalan untuk memenangi perlawanan. Malangnya pada lewat kami permainan, kami bolos dan juga terpaksa menjaringkan gol kemenangan.” – AFP

    Reaksi Bruno Fernandes semasa perlawanan bola sepak Liga Europa UEFA menentang Glasgow Rangers di stadium Old Trafford, Manchester, kelmarin. –  AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Berita Berkaitan

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    SM RIPAS anjur program tingkat kesedaran individu berkeperluan khas

    TUTONG, 21 NOV - Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran...

    Terkini

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    SM RIPAS anjur program tingkat kesedaran individu berkeperluan khas

    TUTONG, 21 NOV - Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran...

    Majlis penutup semarakkan semangat pengajian Al-Quran dewasa

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...