Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    United jumpa LASK dalam Liga Europa

    NYON, 28 FEB – Keputusan undian Liga Europa dalam saingan peringkat 16 terakhir telah diumumkan di Nyon, Switzerland hari ini.

    Pasukan Manchester United akan bertemu dengan LASK dari Austria di peringkat 16 Liga Europa, sementara Wolves akan bertemu dengan pasukan dari Greece, Olympiakos.

    United yang menjulang piala tersebut pada tahun 2017, merupakan satu dari enam pasukan yang masih bertanding di kejohanan tersebut.

    Pusingan pertama mereka akan bermain di Linz pada 12 Mac dan akan kembali ke Old Trafford pada minggu berikutnya.

    Pasukan bimbingan Steven Gerrard, Rangers, akan menentang finalis 2008 dari Jerman, Bayern Leverkusen.

    Inter Milan, juara kejohanan pada tahun 1991, 1994 dan 1998, telah diundi bertemu dengan pasukan Sepanyol, Getafe.

    Juara lima kali, Sevilla akan bertemu Roma, sementara Shakhtar Donetsk akan bertemu dengan Wolfsburg. Kelab Turki, Basaksehir akan bertemu dengan pasukan dari Denmark, FC Copenhagen.

    Sementara itu, FC Basel masih menunggu pemenang di antara Eintracht Frankfurt dan Salzburg. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda