Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘United kembali buat tabiat lama’

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 30 DIS – Manchester United kembali mencipta tabiat kemenangan lewat permainan yang boleh membawa kepada cabaran mengejar gelaran Liga Perdana, menurut pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

    Jaringan Marcus Rashford pada lewat permainan menewaskan Wolves 1-0 awal pagi tadi membawa United ke kedudukan kedua dan hanya dua mata di belakang pendahulu, Liverpool.

    Selepas bangkit daripada ketinggalan dan sete-rusnya menang di Brighton dan Southampton musim ini, United kini menang tiga daripada 15 perlawanan pertama musim ini ketika tambahan masa, gaya yang amat dikenali Solskjaer ketika kariernya di Old Trafford di bawah kendalian Alex Ferguson.

    “Ia satu daripada mata yang kami dapat pada awal musim, kami tidak menang banyak mata pada penghujung permainan,” kata Solskjaer.

    “Kami ada tradisi mengenainya di kelab. Secara jelas kami biasanya ada ramai penyokong yang membantu kami mendapatkannya.

    “Kini kami menang lebih banyak mata menjelang penghujung perlawanan dan ia juga membabitkan aspek mental dan fizikal.”

    Sementara itu, dalam perlawanan antara Leeds United dan West Bromwich Albion, Leeds meledak jaringan besar selepas Ezgjan Alioski, Jack Harrison dan Rodrigo, masing-masing menyumbang gol selepas Romaine Sawyers meletakkan Leeds di hadapan dengan gol pendahulunya.

    Manakala Raphinha menambah gol kelima di babak kedua ketika Leeds naik ke tempat ke-11, sementara West Brom hanya berada di atas Sheffield United di tangga tercorot. – AFP

    Reaksi Rashford (kiri) ketika meraikan jaringan bersama Paul Pogba pada perlawanan mereka menentang Wolverhampton di Old Trafford, Manchester, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda