Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    United mampu tebus kekecewaan

    LONDON, 12 Mac – Maroune Fellaini menegaskan bahawa Manchester United yakin untuk menebus kekecewaan pengendalian Jose Mourinho apabila mereka kembali ke Chelsea dalam suku akhir Piala FA awal pagi selasa.

    Kunjungan pertama Mourinho ke Stamford Bridge sejak pemecatannya sebagai bos Chelsea pada musim lepas berakhir dengan memalukan apabila bekas kelabnya membelasah United 4-0 pada bulan Oktober.

    United telah menggunakan memori kekalahan yang menyakitkan itu untuk merangsang tempoh dominan yang telah menyaksikan mereka hanya tewas dua kali dalam semua persaingan sejak itu.

    Mereka menjulang trofi kejuaraan pertama dalam era Mourinho dengan kemenangan ke atas Southampton dalam perlawanan akhir Piala Liga bulan lepas dan kekal dalam pemburuan kejuaraan dalam Piala FA dan Liga Europa.

    Chelsea ketika ini agak kuat, mempunyai kelebihan 10 mata di puncak Liga Perdana dan mara dalam suku akhir Piala FA ketika bos Antonio Conte mengejar kejuaraan berganda dalam musim pertamanya sebagai pengganti kekal Mourinho.

    Meskipun United berada 17 mata di belakang Chelsea, pemain tengah United, Fellaini optimis bahawa kedudukan itu boleh berubah dengan slot separuh akhir menjadi pertaruhan.

    “Sememangnya kami tewas di sana beberapa bulan yang lalu, tetapi kini adalah Piala FA dan kami akan melihat apa yang berlaku,” kata Fellaini.

    “Saya fikir, Ia akan menjadi sengit. Ia adalah Piala FA, ia adalah satu perlawanan.

    “Mereka berada di persada liga, mempunyai keyakinan, mempunyai pemain-pemain hebat, tetapi kami akan menunjukkan kualiti kami di sana.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda