Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    United masih jauh di belakang City

    LONDON, 4 JUN – Kekalahan kepada Manchester City pada final Piala FA di Wembley mengakhiri musim hebat Manchester United kendalian Erik ten Hag.

    Jaringan kapten City, Ilkay Gundogan untuk kemenangan 2-1 juara Liga Perdana Inggeris itu termasuk gol terpantas dalam sejarah final Piala FA meletakkan skuad kendalian Pep Guardiola semakin hampir dengan kejuaraan treble.

    Ten Hag, dalam kempen sulungnya di Old Trafford, memuji persembahan anak buahnya ketika menentang antara salah satu pasukan terbaik di dunia.

    “Kami mengharungi musim yang hebat dan ia di luar jangkaan kami. Kami di tangga ketiga liga, layak ke Liga Juara-juara, memenangi trofi serta mara ke final satu lagi kejuaraan.

    “Saya amat gembira dengan persembahan pasukan secara keseluruhan,” kata Ten Hag yang menamatkan kemarau kejuaraan United dan menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

    Namun Ten Hag perlu menerima hakikat yang keputusan di Wembley tidak melambangkan prestasi sebenar pasukannya berbanding anak buah Guardiola. – AFP

    Guardiola (kiri), bersetuju dengan Ten Hag semasa perlawanan bola sepak akhir Piala FA antara Manchester City dan Manchester United di Stadium Wembley di London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda