MANCHESTER, 26 OKT – Ruben Amorim memuji kemenangan 4-2 Manchester United ke atas Brighton kelmarin sebagai persembahan lebih lengkap berbanding kemenangan ketika menentang juara Liga Perdana, Liverpool.
Selepas lapan perlawanan dalam semua pertandingan tanpa sebarang gol susulan perpindahannya pada penutup musim dari Wolves, penyerang Brazil, Matheus Cunha berjaya menjaringkan gol pada separuh masa pertama di Old Trafford.
Casemiro menggandakan kedudukan sebelum rehat manakala Bryan Mbeumo turut mencatat nama sebagai penjaring pada separuh masa kedua.
Danny Welbeck menjaringkan gol lewat untuk Brighton sebelum Charalampos Kostoulas menambah satu lagi pada masa kecederaan, namun terlalu lambat untuk mencuri sebarang mata.
Mbeumo sekali lagi mencetak gol pada saat akhir perlawanan untuk memastikan United meraih tiga kemenangan liga berturut-turut dalam Liga Perdana buat kali pertama sejak Februari 2024 di bawah Amorim, pengganti Erik ten Hag.
“Apabila kami mempunyai semangat yang berbeza, kami lebih bebas bermain. Kami mempunyai keyakinan yang berbeza,” kata Amorim.
Persembahan meyakinkan dari United untuk mengekalkan momentum daripada kemenangan hujung minggu lalu menentang Liverpool merupakan kemenangan pertama mereka di Anfield sejak 2016 di samping kejayaan menentang Sunderland. – AFP



