MANCHESTER, 25 OGOS – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim percaya pasukannya perlu mempamerkan lebih kematangan selepas seri 1-1 di Fulham kelmarin.
dan kekal tanpa kemenangan musim ini.
The Red Devils rugi memanfaatkan peluang walaupun menguasai 45 minit pertama, di mana Bruno Fernandes membazirkan satu sepakan penalti.
Amorim, bagaimanapun, lebih bimbang setelah United mendahului hasil jaringan sendiri Fulham, Rodrigo Muniz pada masa sejam permainan.
Fulham kembali menyamakan kedudukan menerusi Emile Smith Rowe 17 minit sebelum tamat permainan.
“Saya rasa ‘kami yang menjaringkan gol’ dan kemudian kami terlupa bagaimana hendak bermain,” kata Amorim, yang hanya memenangi tujuh daripada 29 perlawanan Liga Perdana sejak bertugas.
“Kami benar-benar mahu kemenangan dan itu adalah perasaan yang baik, kami menjaringkan gol dan semua orang di atas padang berfikir, ‘Mari kita pegang kelebihan ini dan cuba memenangi perlawanan’. Bagi saya itulah saat yang kita perlu lebih mengasak lawan.
“Kami perlu lebih banyak belajar sebagai satu pasukan. Bagi saya, yang paling penting ialah sepanjang minggu mereka bekerja keras, hari ini kami bekerja sangat keras, dan kami akan meningkat. Saat untuk mengubah permainan adalah matlamat kami.”
Sementara Kapten United, Fernandes yang lazimnya seorang penentu penalti klinikal dan Amorim berkata pemain Portugis itu membiarkan kesilapan minit ke-38 menjejaskan baki permainannya.
“Dia perlu melupakan ‘kesilapan’ dalam permainan. Dia adalah ketua kami dan dia mempunyai banyak tanggungjawab. Saya rasa dia terlepas sepakan penalti dan dia memikirkannya semasa perlawanan. Kami perlu bergerak ke hadapan dan bermain permainan,” tambah Amorim. – AFP


