Monday, March 4, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    United tambah derita Everton

    LIVERPOOL, 27 NOV – Manchester United menambah derita Everton apabila sepakan luar biasa Alejandro Garnacho membantu pasukan Red Devils meraih kemenangan 3-0 yang meninggalkan Toffees kekal di zon penyingkiran Liga Perdana.

    Perlawanan pertama Everton selepas dikenakan penalti 10 mata kerana melanggar peraturan kewangan mencetuskan kemarahan penyokong di Goodison Park dengan penyokong tuan rumah menayangkan beribu-ribu pelekat yang melabelkan Liga Perdana sebagai ‘korup’.

    Namun, perlawanan itu hanya bertahan tiga minit apabila Garnacho menghasilkan aksi luar biasa yang akan dikenang sebagai salah satu gol terhebat dalam Liga Perdana.

    Pemain Argentina berusia 19 tahun itu melompat tinggi untuk menyambut hantaran silang Diogo Dalot dan merembat ke penjuru kiri atas penjaga gawang Jordan Pickford.

    “Saya tidak mempercayainya. Secara terus-terang, saya hanya berpaling dan berfikir, ‘Ya Tuhanku’,” kata Garnacho.

    Detik keajaiban itu tidak setanding dengan prestasi United yang lain, tetapi sepakan penalti Marcus Rashford dan gol Anthony Martial memberikan jaminan anak buah Erik ten Hag kini telah memenangi lima daripada enam perlawanan liga terakhir mereka. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Filipina gesa jiran berdiri bersama lebih teguh di Laut China Selatan

    MELBOURNE, 4 MAC - Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Enrique Manalo menggesa jiran serantau hari ini supaya berdiri bersama lebih teguh dalam menegakkan kedaulatan...