Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    United terima tamparan hebat

    MANCHESTER, 30 April – Satu sepakan percuma Gylfi Sigurdsson telah memberikan tamparan besar kepada harapan Manchester United untuk mengakhiri musim di empat kedudukan teratas, sementara memberikan sinar harapan pasukannya, Swansea untuk mengelakkan penyingkiran dalam satu perlawanan Liga Perdana yang berakhir dengan seri 1-1.

    Wayne Rooney telah menjaringkan gol liga pertamanya di gelanggang sendiri musim ini, daripada satu keputusan penalti, dalam masa kecederaan separuh masa pertama.

    Bagaimanapun, gol sepakan percuma Sigurdsson pada minit ke-78 adalah berpunca daripada faul yang dilakukan Rooney.

    Penyerang Man United, Marcus Rashford (dua kanan) dikawal oleh tiga pemain Swansea City dalam persaingan Liga Perdana yang berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1. – AP
    Penyerang Man United, Marcus Rashford (dua kanan) dikawal oleh tiga pemain Swansea City dalam persaingan Liga Perdana yang berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1. – AP

    Sigurdsson, pakar sepakan percuma, telah menghasilkan satu sepakan menarik yang melencong ke sudut atas gawang, menyebabkan penjaga gol United, David de Gea langsung tidak tergerak, dan sekali gus menafikan Jose Mourinho kemenangan yang mampu melonjakkan United ke tangga ketiga, sekurang-kurangnya buat sementara.

    Sebaliknya mereka masih di tangga kelima, berkongsi mata dengan Manchester City namun dibezakan dengan kelebihan jaringan, dan mungkin ketinggalan tiga mata sekiranya City menang ke atas Middlesbrough hari ini.

    Swansea kini berada di tangga ketiga tercorot, dua mata di belakang Hull City dengan baki tiga perlawanan penentuan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda