Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    United tersungkur di tangan Galatasaray

    MANCHESTER, 4 OKT – Manchester United tewas kepada Galatasaray dengan keputusan 3-2 di laman sendiri semalam, menempatkan pasukan Red Devils itu dalam bahaya untuk tersingkir awal daripada Liga Juara-Juara.

    United kini telah mencatatkan kekalahan dalam dua perlawanan pembukaan dalam kumpulan Liga Juara-Juara untuk kali pertama dan penjaga gol baharu, Andre Onana, mengharungi malam yang memalukan di Eropah.

    Rasmus Hojlund berjaya meletakkan United dihadapan, tetapi Galatasaray bangkit untuk menang di tempat lawan dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun hasil jaringan Wilfried Zaha, Kerem Akturkoglu dan Mauro Icardi.

    Pengurus United, Erik ten Hag, berkata, “Kami benar-benar mengawal perlawanan, dan kemudian kami merugikan diri sendiri dengan membenarkan pihak lawan menjaringkan gol.”

    Beliau menambah lagi, “Kami perlu mempertahankan diri pada saat-saat seperti ini dan di kawasan tertentu dengan lebih baik.”

    Onana mengakui kesilapannya selepas membenarkan Bayern Munich membuka jaringan dalam kekalahan United dengan keputusan 4-3 di Jerman pada perlawanan permulaan Kumpulan A.

    Pemain Cameroon itu sekali lagi melakukan kesilapan dalam momen penting yang menyaksikan Casemiro dibuang padang selepas memberikan sepakan penalti pada minit ke-77.

    Walaupun Icardi terlepas sepakan penalti, tetapi segera menebus kesalahannya dengan menjaringkan gol kemenangan menentang 10 pemain.

    Kekalahan 1-0 United di laman sendiri kepada Crystal Palace pada Sabtu lalu membawa pasukan Ten Hag ke permulaan musim Liga Perdana yang terburuk dengan empat kekalahan daripada tujuh perlawanan. – AFP

    Icardi (kiri) menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan di stadium Old Trafford di Manchester, barat laut England, pada 3 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda