MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 4 JAN – Manchester United menang 3-0 menentang Bournemouth kelmarin, sekali gus mengkuhkan kedudukkan mereka di tempat empat teratas Liga Perdana selepas kemenangan keempat liga berturut-turut.
Gol pada separuh masa pertama menerusi bintang Brazil, Casemiro dan jaringan separuh masa kedua daripada pemain antarabangsa England, Luke Shaw dan Marcus Rashford memberikan anak buah Erik ten Hag kemenangan kesembilan daripada 10 perlawanan dalam semua kejohanan.
United, yang tewas dua perlawanan pertama Liga Perdana musim ini, kini telah mengumpul 35 mata daripada 17 perlawanan setara dengan Newcastle di tempat ketiga dengan lima mata di depan Tottenham, di tempat kelima.
Rashford kembali ke dalam kesebelasan utama United yang menerima kunjungan di Old Trafford menentang Bournemouth, yang hanya dua mata di atas zon penyingkiran.
Casemiro memecah kebuntuan pasukan tuan rumah pada minit ke-23, setelah Rashford dikasari oleh Adam Smith dan Christian Eriksen mengambil sepakan percuma yang disudahi oleh Casemiro.
United menggandakan kelebihan mereka pada awal separuh masa kedua.
Pemain pertahanan England, Luke Shaw memulakan dan menamatkan gerakan, berlari ke hadapan dari bahagian pertahanan dan menghantar bola ke kanan sebelum membuat hantaran lintang rendah mencari rakan sepasukan yang baru dimasukkan, Alejandro Garnacho.
United masih akur dengan pemergian penyerang superstar Cristiano Ronaldo setelah dia diumumkan di kelab baharunya Al Nassr, kelmarin. Rashford menjadi pemain utama musim ini, dengan Ronaldo memainkan peranan yang sedikit walaupun sebelum pemergiannya pada November, dan pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan gol ketiga United pada minit ke-86. – AFP
