Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    United tundukkan Burnley

    BURNLEY, 24 SEPT – Erik ten Hag percaya kemenangan 1-0 Manchester United di Burnley boleh menjadi titik perubahan dalam musim bermasalah apabila jaringan menakjubkan Bruno Fernandes menamatkan tiga kekalahan berturut-turut, kelmarin.

    Kapten United itu menghasilkan momen berkualiti yang memenangi perlawanan apabila dia menyambung sepakan voli daripada hantaran jauh Jonny Evans sejurus sebelum separuh masa.

    Kemenangan itu membawa The Red Devils naik ke tangga kelapan dalam carta Liga Perdana dan mengurangkan tekanan yang memuncak ke atas pengurus Ten Hag.

    “Ini hanya satu kemenangan tetapi apa yang kita lihat adalah terdapat kebersamaan dan pertarungan semangat yang baik dalam bilik persalinan,” kata Ten Hag.

    “Apa yang kami lihat ialah apabila awda perlu bertahan dengan 11 gol dan melakukannya bersama-sama, amat sukar untuk bermain menentang Manchester United ini,” tambahnya.

    Zeki Amdouni menerjah tiang untuk Burnley dan memaksa Andre Onana melakukan penyelamatan yang baik pada separuh masa pertama, tetapi Clarets kekal tanpa kemenangan sekembalinya ke Liga Perdana dan tenggelam ke tangga tercorot.

    “Kami sangat tenang. Kami mempunyai permulaan yang sangat sukar dari segi jadual perlawanan,” kata bos Burnley, Vincent Kompany.

    “Permulaan sukar dari segi keputusan tetapi penuh harapan. Saya tidak nampak sebarang sebab untuk berfikir pasukan ini kekurangan watak atau margin untuk berkembang,” tambahnya. – AFP

    Reaksi Bruno Fernandes (dua kanan) selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, di Burnley, England pada 23 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda