BEIJING, 30 OGOS – Universal Studios mengumumkan hari ini bahawa taman tema pertamanya di China akan dibuka di bandar negara itu pada September ini.
Syarikat itu menetapkan tarikh perasmiannya pada 20 September, menurut kenyataan dan video yang disiarkan oleh laman media sosial China, WeChat.
Di bawah pembinaan sejak 2016, taman tema itu telah menerima sokongan kuat daripada pihak berkuasa Beijing, termasuk pengembangan salah satu landasan bawah tanah utama bandar itu di tapak tersebut.
Di samping beberapa peralatan permainan, pameran, restoran dan sebagainya, pusat peranginan itu juga bercirikan beberapa buah hotel. Projek itu akan menjadi pelengkap dua taman Universal lain di Asia iaitu di Jepun dan Singapura.
Ia juga akan bercirikan filem-filem Harry Potter, Jurassic Park dan Kung Fu Panda bersama Minion dari filem Despicable Me. – AP
