LONDON, 27 Feb – Universiti Bristol mengumumkan semalam bahawa ia dan dua universiti Britain lain akan memperkenalkan rangkaian 5G semasa Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) di Sepanyol minggu ini.
Teknologi itu menggabungkan usaha penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Bristol, Universiti Surrey dan King’s College London. Untuk mempamerkan teknologi tersebut, universiti berkenaan akan menunjukkan pemain bola sepak robotik 5G semasa MWC, diadakan dari 26 Februari sehingga 1 Mac.
Pelawat boleh mengawal dari jauh seorang pemain, dengan menyepak bola di salah satu kedai ‘5GUK’ di tempat MWC, pergerakan yang akan direplika oleh kaki robotik yang terletak di gerai berasingan dalam dewan pameran berlainan, ketika ia menyepak bola ke dalam jaring. Pelawat akan melihat keputusan “sepakan” mereka menerusi monitor yang terletak di kedua-dua gerai.
Pengalaman masa nyata ini adalah bergabung dengan komunikasi boleh dipercayai dan pendaman rendah, disebabkan sambungan teknologi peranti 5G baru yang amat laju.
Teknologi sedemikian akan membenarkan pakar, seperti doktor bedah dan ahli muzik, untuk berkongsi kepakaran fizikal mereka dalam masa nyata bersama penonton global. – Xinhua