Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Universiti di Australia gesa proses visa pelajar antarabangsa disemak semula

    CANBERRA, 19 DIS – Universiti-uni-versiti di Australia menggesa supaya proses visa pelajar antarabangsa yang ketat disemak semula, lapor Xinhua.

    Dalam laporan dikemukakan kepada jawatankuasa parlimen yang mengkaji sistem migrasi Australia, badan yang mewakili pengajar pengajian tinggi Australia itu menyatakan sistem semasa yang rumit menyaksikan Australia kini ketinggalan di belakang.

    Ketua Eksekutif Universiti Australia, Catriona Jackson berkata kini terdapat lebih 100 subkelas visa yang disifatkannya tidak lagi sesuai.

    Universiti di Australia adalah antara peneraju dunia dari segi jumlah pelajar antarabangsa.

    Namun menurut Universiti Australia, kurang daripada satu pertiga graduan antarabangsanya menggunakan permit kerja selepas tamat pengajian mereka dan hanya 16 peratus menjadi pemastautin tetap.

    “Ini tidak menghairankan memandangkan sistem kami mempunyai banyak halangan berbanding di pintu masuk, termasuk masa menunggu, kurangnya ketampakan status permohonan selain tiada kepastian untuk pelajar dan kakitangan yang berpotensi.

    “Pada masa sama, pesaing global kami meningkatkan pengambilan graduan antarabangsa dalam gabungan migrasi mereka bagi mengiktiraf sumbangan penting yang mereka lakukan. Australia semakin ketinggalan,” kata Jackson dalam laporan itu.

    Badan itu membuat lima cadangan perubahan termasuk memberi visa sementara secara automatik kepada semua pelajar antarabangsa yang lulus dan menaik taraf proses pelaporan untuk memberi pemohon maklumat terkini tentang status visa mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda